Menyahut seruan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat maka ADUN Batu Uban bersama Ahli Majilis Encik Mohd Ismail bin Ibramsa telah berganding bahu dengan Jabatan Khidmat Kemasyarakatan dan Majilis Perbandaran Pulau Pinang untuk menganjurkan sebuah program yang berkait rapat dengan kehendak kerajaan negeri. Program tersebut dianjurkan secara bersama dengan penduduk Taman Pekaka pada 5hb Dec 2010 bermula dari pukul 8.00 pagi. Turut serta ialah Datuk Wira Ayob dari Jabatan Polis dan Encik Tanwir yang mewakili penduduk Taman Pekaka.
Tujuan utama program tersebut ialah untuk menyedarkan semua akan kepentingan kesihatan, kebersihan dan kehijauan alam semulajadi serta keselamatan diri. Selain dari Jabatan Polis, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan pelbagai badan bukan kerajaan dan institusi kewangan juga turut mengambil bahagian. Sumbangan mereka adalah sangat penting dalam menjayakan program ini.
Pelbagai aktiviti telah diatur bagi semua golongan termasuklah acara mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, gubahaan barangan buangan, acara pancaragam dari Penang Free School, demonstrasi kebakaran dari Jabatan Bomba dan penanaman anak pokok di Taman Pekaka. Hampir kesemua yang hadir pada hari itu pulang dengan senyuman lebar di muka mereka apabila mendapat cabutan hadiah bertuah. Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja hadiah berupa basikal, hamper, cenderahati, minuman dan kepada semua yang hadir untuk menjayakan program ini. Tak terlupa juga kepada semua dari Jabatan Khidmata Kemasyarakatan yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada semua akan betapa pentingnya isu-isu ini.
Jangan lupa !!! Mulai 1hb Jan 2011 kita akan meminggirkan Beg Plastik dan akan Mengutarakan Beg Kitar Semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment