JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Sunday, January 9, 2011

Lawatan Teknikal Untuk Memantau Kerja-Kerja Pembikinan Parit Yang Baru Dan Mengenali Punca Banjir Di Minden Heights

Satu lawatan teknikal telah dibuat ke kawasan Minden Heights pada 30hb Dis 2010 yang lalu oleh Y.B., kontraktor dan pembantu khasnya. Ia bertujuan untuk memantau kerja-kerja pembikinan parit yang sedang giat dilakukan di kawasan ini. Y.B. berharap agar dengan adanya parit yang baru ini maka masalah banjir dapat dielakkan atau dikurangkan.
Hasil lawatan ini juga dapat memberi gambaran sebenar tentang kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kontraktor berkenaan dan bagaimana paritan yang berwajah baru ini dapat membantu masyarakat setempat di hari-hari hujan kelak.
Y.B. juga meluangkan masa bersama penduduk-penduduk Minden Heights untuk mendapat pandangan mereka tentang sistem paritan yang baru ini. Menurut Encik Hari, selain hujan yang lebat penyebab lain yang menjadi punca utama mengapa banjir kerap berlaku di kawasan mereka ialah kerana air kumbahan yang dilepaskan dari institusi pengajian tinggi yang berdekatan. Air kumbahan ini akan mengalir terus dari longkang yang lama dari institusi tersebut dan mengalir bersama air hujan di kawasan mereka.
Yang pastinya, maklumat-maklumat baru in akan dibawa oleh Y.B. untuk dibentangkan pada Mesyuarat Tindakan Daerah Timur Laut di bulan Januari ini. Sehubungan itu Y.B. ingin mengucapkan rasa terima-kasihnya kepada penduduk Minden Heights yang dapat meluangkan masa dan memberi maklumat terkini tentang punca-punca kejadian banjir di kawasan ini.





Saturday, January 8, 2011

Turun Padang Melawat Masalah Pam IWK Di Taman Utara Batu Uban

Dalam satu lawatan teknik ke Taman Utara di Batu Uban pada 30hb Dis 2010, Y.B. Raveentharan bersama Encik Khalid dari pejabat IWK Pulau Pinang telah melawat pam kumbahan yang telah rosak dan akibatnya ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Mengikut penerangan pegawai IWK yang hadir sehingga kini sistem kumbahan tersebut adalah dibawah jagaan Pengurusan Penduduk Taman Utara dan beliau telah memberi nasihat kepada pengerusi Taman Utara agar pertukaran sebuah pam baru dibuat untuk mengelakkan keadaan sedemikian berterusan.
Menurut Y.B. keadaan ini boleh dielak sekiranya semua peduduk dan pengurusan Taman Utara dapat berganding bahu dan menyelesaikannya secepat mungkin. Tambahnya, pihak IWK tidak dapat membantu dalam hal ini selagi kesemua tanggungan sistem kumbahan tersebut diserahkan kepada mereka. Jika perkara ini dapat dilakukan oleh badan pengurusan Taman Utara maka kerja-kerja baik-pulih dapat dibuat secepat mungkin.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Encik Francis Xavier dan Encik Ganeshan.

Tuesday, December 28, 2010

Syabas Kepada Persatuan Chingay Sungai Dua

Setelah tiga tahun mengambil bahagian dan memburu kejuaraan dalam Perarakkan Chingay Pulau Pinang, akhirnya Pasukan Chingay dari Sungai Dua telah menjadi juara. Lebih manis apabila kereta perarakkan mereka juga turut merangkul tempat nombor satu.

Y.B. Raveentharan yang juga penaung bagi kedua-dua pasukan ini berasa sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai pada kali ini. Beliau menyeru kedua-dua pasukan ini agar membuat yang terbaik pada masa hadapan agar pencapaian yang sama diperolehi.
Dalam satu acara yang ringkas, Y.B. Raveentaharan dan Penghulu Azahan telah diundang oleh Persatuan Penduduk Desa Baru untuk upacara perasmian "Spot Light" di situ. Dengan adanya lampu-lampu ini maka penduduk setempat dapat menjalankan aktiviti kegemaran mereka hingga ke larut malam.
Turut serta dalam acara ini ialah En. Cheah Peng Guan, En. Francis Chee, En. Vincent Tan, Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Baru, En. Kerby, En. Zamberi, Puan Santha dan penduduk Desa Baru.

Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....Syabas.....

Konvensyen Pakatan Rakyat Di Dewan Milenium Kepala Batas Pulau Pinang

Pada 19hb Dis yang lalu Konvensyen Pakatan Rakyat yang ke-2 telah diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas Pulau Pinang. Acara ini telah berlangsung dengan lancar dan baik bahkan ia juga menunjukkan betapa eratnya persefahaman diantara ketiga-tiga parti yang makin hari makin matang. YB. Raveentharan bersama penyokong-penyokong dari DUN Batu Uban turut serta bersama yang lain ke konvensyen ini.
Tetamu kehormat ke konvensyen ini tak lain dari YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Dr. Wan Azizah, YAB. Tuan Lim Guan Eng, YB. Tuan Karpal Singh, YB. Tuan Hadi bin Awang. Selain dari mereka YB. Dato' Hj. Mansor dan YAB. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid turut hadir.
Hampir kesemua ucapan-ucapan yang dibuat menyentuh kepada pentingnya perpaduan kaum, kesaksamaan, gejala politik dan pilihanraya yang akan datang. Fokus utama Pakatan Rakyat ialah kepada tarikh pilihanraya yang bakal akan diumumkan dan kepada para pengundi itu sendiri. Apapun, yang pasti jentera Pakatan Rakyat akan membuat yang terbaik untuk semua.

Pakatan Rakyat...Pakatan Rakyat...Pakatan Rakyat...Pakatan Rakyat...Pakatan Rakyat...Pakatan Rakyat...

Monday, December 20, 2010

Aktiviti Cantas Pokok yang Keterlaluan Di Kawasan DUN Batu Uban

Cantasan pokok adalah salah satu aktiviti yang baik terutamanya kepada pokok itu sendiri untuk mengelakkan serangan penyakit, malah adakalanya cantasan itu perlu demi menjaga keselamatan orang awam dan harta-benda. Tetapi apabila cantasan itu dibuat keterlaluan dan ia dilakukan di atas nama kebersihan, ia bukanlah sesuatu yang baik dan indah untuk pandangan mata.

Sebagai seorang wakil rakyat, saya sendiri berasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang diberi atau ditugaskan untuk projek seperti ini. Ini kerana tanpa mengambil kira perasaan penduduk setempat, tanpa mengambil kira keburukkan yang bakal melanda, tanpa mengabil kira betapa pentingnya pokok-pokok ini kepada eco-sistem hampir kesemua penebangan atau cantasan yang dibuat tidak mengikut tetapan atau ukuran. Malah ia lebih kepada perasaan individu-individu itu sendiri.

Oleh yang demikian dalam perjumpaan Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah yang diadakan baru-baru ini, isu cantasan atau penebangan pokok yang keterlaluan ini telah dibangkitkan. Diharap pada masa-masa yang akan datang, pihak yang bertanggungjawab akan membuat dan mengeluarkan garis-panduan khususnya untuk cantasan atau penebangan pokok di tepi jalan, jalanraya dan kawasan perumahan.

CLEANER GREENER PENANG. CLEANER GREENER PENANG. CLEANER GREENER PENANG. CLEANER GREENER PENANG.

Sunday, December 19, 2010

Projek Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah Di Kompleks Bukit jambul

Projek Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah untuk ibu-bapa dan penjaga yang kurang mampu adalah bertujuan meringankan bebanan kewangan mereka. Biarpun sumbangan ini tidaklah secara penuh namun Y.B. berharap ia dapat membantu sedikit dalam menangani masalah kewangan. Projek ini berlangsung pada 16hb Dis 2010 bermula pukul 8.30 malam di Tingkat 2 pintu masuk ke Kamdar Kompleks Bukit Jambul.
Senyuman yang terukir di bibir para penerima jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya sumbangan yang tak seberapa ini. Sebaik sesi photo selesai, bahagian gedung Kamdar yang menjual pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah menjadi tumpuan mereka.
Dengan berbekalkan pekerja yang berpengalaman pihak Kamdar dapat menangani situasi tersebut. Malah mereka juga turut memberi bantuan pada mereka yang kurang upaya. Kerjasama dari pihak Kamdar sangat-sangat dihargai oleh Y.B. terutamanya Encik Jugal, Puan Teoh dan staf-staf yang mesra pada pelanggan.

Y.B. Raveentharan berjanji akan membuat sumbangan yang lebih besar pada tahun hadapan dan sumbangan yang bakal diberikan itu akan dapat dirasai oleh lebih ramai warga DUN Batu Uban yang kurang mampu.


Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah.Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah.Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah.Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah.Sumbangan

Wajah Baru Jalan Di Sekolah Rendah Dan Menengah Kebangsaan Bukit Gambir

Sebagai tindakan susulan jalan yang berwajah baru di hadapan Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan Bukit Gambir telah diresmikan oleh Y.B. Raveentharan dalam majlis yang ringkas pada 14hb Dis 2010. Turut serta dalam acara ini ialah Penghulu Daerah Timur Laut Encik Azhan, wakil kontraktor dan pembantu-pembantu khas Y.B.
Encik Za'bah wakil PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir telah tampil kehadapan untuk menyaksikan pembukaan jalan tersebut. Beliau berterima-kasih kepada Y.B. dan pihak lain terbabit dalam memperbaiki jalan ini. Tambahnya lagi, para ibu-bapa, guru-guru dan kakitangan sekolah akan berasa lega dan selamat menggunakan jalan yang berwajah baru ini.
Y.B. Raveentharan meminta pihak Boon Siew Group Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik tanah disekelilingi kawasan sekolah agar mengarahkan lori-lori mengangkut tanah yang dimiliki oleh mereka menggunakan jalan alternatif untuk kerja-kerja seharian. Tambahnya beliau akan cuba sedaya-upaya mendapatkan kerusi-kerusi batu yang akan ditempatkan di luar kawasan sekolah.

TIADA BATASAN UNTUK BERKHIDMAT