Kebelakangan ini Pusat Khidmat DUN Batu Uban telah menerima banyak rungutan dan maklum balas dari penduduk-penduduk setempat. Ini berkenaan dengan kemunculan menara-menara sistem perhubungan atau lebih dikenali dengan Telco Tower yang semakin bertambah di kawasan N35 ini.Y.B. Raveentharan juga prihatin terhadap isu ini dan untuk pengetahuan semua Pembantu Khas dan Pegawai Seranta telah membuat lawatan ke kawasan-kawasan yang dikatakan mempunyai menara-menara tersebut. Kesemua maklumat telah pun direkodkan dan akan dipantau dari masa ke semasa. Segala rintihan penduduk yang diterima semasa sesi dialog baru-baru ini telah pun diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab. Yang pasti, Kerajaan Negeri kita adalah kerajaan yang prihatin, peka dan mereka pasti akan membuat keputusan terbaik dalam hal ini untuk semua rakyat Pulau Pinang.
Memang menjadi kerja Y.B. untuk bentangkan isu ini jika perlu pada sidang yang akan datang. Terima-kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam isu ini. Kami akan berasa gembira jikalau penduduk kawasan N35 turut sama dalam memberikan maklumat berkenaan isu ini jika ada. Sekian.
Tuesday, December 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment