Sunday, December 12, 2010
Pertandingan Ratu Kebaya Di Kompleks Bukit Jambul
Usaha bersama Y.B. Raveentharan, Pengurusan Kompleks Bukit Jambul dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memartabatkan pakaian dan barang-barang yang berkait rapat dengan kebaya telah menghasilkan Pertandingan Ratu Kebaya 2010 yang berlangsung di Kompleks Bukit Jambul. Seramai 55 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang hanya terbuka untuk warganegara kita. Acara kemuncak telah berlangsung pada 24hb Okt 2010 dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Dato'Mansor bin Othman, Exco Pelancongan Y.B. Chow Koon Yaw, Y.B. Jason Ong, Puan Rohani dan Encik Chan yang mewakili Kompleks Bukit Jambul, Encik Jugal yang mewakili Kamdar dan Y.B. Raveentharan.
Sumbangan sebanyak RM 2000.00 juga dibuat kepada Silver Jubliee Home Sungai Dua Pulau Pinang oleh Pengurusan Kompleks Bukit Jambul. Y.B.Raveentharan mengakhiri ucapannya dengan mengatakan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Ratu Kebaya 2010 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment