JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Sunday, December 12, 2010

Lawatan YB ke Jalan Berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Menengah Bukit Gambir Pulau Pinang



Pada 31hb Okt 2010 Y.B. Raveentharan bersama Pembantu Khasnya iaitu Encik Francis Xavier, Cik Santa, Encik Ganeshan telah turun padang ke jalan di perkarangan Sek.Ren.Keb. dan Men.Keb Bukit Gambir untuk melihat sendiri akan keadaan sebenar jalan tersebut. Dari hasil siasatan dan hasil maklumat yang diperolehi Y.B. telah kenal pasti akan sebab utama mengapa jalan tersebut berlubang, pecah dan memerlukan turapan yang berulang kali. Turut serta dalam lawatan ini ialah Encik Kadir dan Encik Rahim dari Jabatan Kerja Raya Timur Laut.

Selang dua minggu jalan tersebut telah diperbaiki dan diturap oleh pekerja-pekerja dari Jabatan Kerja Raya. Kini, jalan tersebut berwajah baru dan Y.B. Raveentharan berharap agar keselesaan ini dapat dinikmati oleh semua pengguna.

No comments:

Post a Comment