JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Monday, August 30, 2010

Lawatan YB ke Lorong Ustaz Hamzah






Pada Khamis, 19 Ogos 2010 YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Mohd Tahir Marican Setiausaha Sulit ADUN Batu Uban dan Pegawai MPPP membuat lawatan ke Lorong Kampung Ustaz Hamzah Sungai Dua berhubung masalah banjir yang berlaku akibat hujan lebat. Turut hadir ialah En Khairi bin Abdullah Sani, salah seorang penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir.

YB Raveentharan telah mengenal pasti antara punca banjir yang sering berlaku selepas hujan lebat ialah terdapat sebatang paip utiliti yang merintangi parit monsun di belakang kampung berkenaan merupakan antara punca berlakunya banjir. Paip tersebut akan menjadi perangkap sampah yang menghalang aliran air dan menyebabkan air melimpah ke kawasan kampong berdekatan. Pihak MPPP telah turun membersihkan longgokan tanah di tengah-tengah parit monsun yang juga menyekat aliran air.

Pada 23 Ogos 2010, Jurutera Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut bersama pegawai-pegawai Jabatan turun ke lokasi. Turut bersama ialah Mohd Tahir Marican Setiausaha Sulit ADUN Batu Uban.

Pada 24 Ogos 2010, En Azahan Ahmad Penghulu DUN Batu Uban bersama Mohd Tahir Marican Setiausaha Sulit ADUN Batu Uban dan Francis Xavier Pembantu Khas ADUN Batu Uban turun ke lokasi. Pusat Khidmat ADUN Batu Uban akan menggunakan peruntukan ADUN untuk membina sebuah parit berbentuk “V” bagi melancarkan pengaliran air berdekatan dengan rumah En Khairi bin Abdullah Sani.

No comments:

Post a Comment