JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Tuesday, August 31, 2010

Lawatan ke Minden Heights




Pada Khamis 29 Julai 2010 jam 9.00 pagi YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Mohd Tahir Marican Setiausaha Sulit ADUN Batu Uban, Juruteknik Jabatan Kerja Raya Timur Laut, Pegawai MPPP, dan Pengerusi JKKK Taman Brown mengadakan lawatan teknikal di kawasan Cangkat Minden.

Tumpuan pada masalah banjir yang sering berlaku di kawasan tersebut sejak 20 tahun yang lalu berpunca daripada sistem perparitan.

YB Raveentharan ADUN Batu Uban mencadangkan agar longkang di persimpangan Jalan Tiga dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan pengaliran air khususnya semasa hujan.

Fakta longkang yang tidak dibersihkan dan dipenuhi pasir telah mencetekkan longkang di kawasan sekitar.

YB Raveentharan ADUN Batu Uban juga bertindak dengan meminta MPPP membersihkan longkang di kawasan Jalan Tiga yang dipenuhi batu-batu, sampah-sarap dan penutup longkang yang pecah.

MPPP telah bertindak segera dengan membersihkan longkang di kawasan berkenaan.














No comments:

Post a Comment