Dari Meja Setiausaha DUN Batu Uban
From the Desk of Secretary - DUN Batu Uban
YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Setiausaha DUN Batu Uban hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Timur Laut 08/2010 pada 19 Ogos 2010.
Berikut adalah perkara yang telah dibentangkan untuk perhatian dan tindakan semua jabatan berkaitan:-
TAMAN JADE VIEW
Tuan Pengerusi saya telah bangkitkan masalah ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pada 24hb.April 2010.Sudah 4 bulan berlalu masih tiada tindakan diambil.
Terdapat sebuah manhole di laluan ke Taman Jade View yang hanya ditutup dengan sekeping besi “metal sheet”.Besi tersebut boleh bergerak jika kenderaan besar melintasinya dan berkemungkinan manhole tersebut akan terbuka.Ini membahayakan pengguna kerana kenderaan boleh terjerumus ke dalam lubang tersebut.
Oleh kerana pihak IWK dan JKR telah mengesahkan bahawa manhole tersebut bukan milik mereka,maka itu saya berharap pemeriksaan segera perlu dibuat oleh MPPP,TM atau mana-mana jabatan yang ada menggunakan mainhole tersebut.
LORONG NIPAH 6
Saya mohon pihak MPPP mengambil tindakan berhubung sarang tikus di kawasan perumahan klaster Lorong Nipah khususnya di sekitar parit monsoon Lorong Nipah 6,Taman Lip Sin.
LORONG KAMPUNG USTAZ HAMZAH
Tuan Pengerusi saya telah melawat Lorong Kampung Ustaz Hamzah, Sungai Dua pagi tadi berhubung masalah banjir yang sering berlaku di situ.Saya dapati terdapat sebatang paip besar yang merintangi parit monsun di hujung kampung berdekatan Jalan Sungai Dua. Sampah sarap yang mengalir akan terperangkap di situ dan menyebabkan aliran air ketika hujan tersekat.Terdapat juga longgokkan tanah seperti sebuah pulau di tengah-tengah parit monsun yang di tumbuhi rumput dan di penuhi ranting-ranting pokok yang juga mengahalang aliran air ketika hujan lebat.
Apabila ini berlaku air akan melimpah masuk ke kawasan rumah berdekatan.Sehubungan itu saya mohon perhatian MPPP untuk segerakan kerja-kerja membuang longgokan tanah dan sampah sarap di sepanjang parit monsun tersebut serta mengenal pasti paip besar yang merintangi parit monsoon itu milik jabatan mana.Paip tersebut perlu dialih atau di tinggikan dari paras yang ada sekarang.
Tuan Pengerusi saya ingin memohon kerjasama pihak MPPP dan Jabatan Kesihatan agar dapat turun ke Kampung Ustaz Hamzah, Sungai Dua kerana saya dapati air bertakung di beberapa kawasan termasuk belukar yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan membahayakan penduduk kampung.
KAMPUNG MADRASAH
Tuan Pengerusi saya ingin mohon kerjasama TNB agar dapat memindahkan Tiang Lampu JSD 1408 kerana kedudukkannya sekarang menyempitkan laluan kenderaan keluar masuk di Kampung Madrasah,SungaiDua.Saya mohon agar tiang tersebut dipindahkan dari lokasi sedia ada ke kawasan hadapan rumah No.706-C Kampung Madrasah,Sungai Dua.
LEBUH NIPAH, TAMAN LIP SIN
Saya mohon perhatian dan tindakan MPPP tentang anjing liar yang banyak berkeliaran di kawasan Lebuh Nipah,Lebuh Raya Nipah,Lengkok Nipah,Lengkok Nipah 2 dan Lengkok Nipah 3.
Good job!!!
ReplyDeleteNice blog and continue updating...
ReplyDelete