Pada Khamis 29 Julai 2010 YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Mohd Tahir Marican Setiausaha Sulit ADUN Batu Uban, Juruteknik Jabatan Kerja Raya Timur Laut, Pegawai MPPP, Pengerusi JKKK Taman Brown dan wakil Persatuan Penduduk Halaman Bukit Gambir hadir dalam lawatan teknikal.
Antara masalah yang dikenal pasti ialah cadangan pembinaan kondominium dan banglo di kawasan tersebut yang akan menggunakan laluan Halaman Bukit Gambir, kewujudan kawasan tadahan yang sedia ada, dan cadangan pembinaan bonggol.
YB Raveentharan ADUN Batu Uban telah meluluskan peruntukan ADUN untuk pembinaan 4 buah bonggol demi keselamatan penduduk di kawasan tersebut.