Ikrar Setia Kami kepada Keadilan (dan Pakatan Rakyat)
Pada 8 Mac 2008, parti kami dipilih oleh warga Malaysia demi sebuah harapan dan perubahan menggantikan kejumudan. Rakyat mahukan politik baru yang menolak desakan perkauman, rasuah dan salah guna kuasa. Objektif yang kami terus usahakan apabila mewakili Parti Keadilan Rakyat ialah untuk membentuk “masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu”.
Namun, ada mereka yang berfikir bahawa dengan kemenangan, perjuangan ini sudah tidak perlu diteruskan. Mereka berhenti berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang sepatutnya dan mahu menjadikannya sebagai “masa mengaut hasil rampasan perang”. Apabila ini tidak dapat dilakukan, mereka menuntut ‘pampasan’ dari parti, membuat tuntutan di luar kewajaran demi kepentingan diri mereka sendiri.
Apabila dinafikan, mereka bertindak seakan mengugut dan kini meninggalkan parti. Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas sedangkan semua melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu. Ada yang mahu insiden ini dilihat sebagai perpecahan dalam Pakatan Rakyat, namun ia sebenarnya satu lagi usaha berterusan mereka yang mahu terus berkuasa.
Barisan Nasional menyedari bahawa cara politik usang yang mereka bawa kian tiba ke penghujung. Untuk melengahkan hakikat ini, mereka menggunakan strategi serampang dua mata. Pada satu sudut, mereka cuba menggambarkan bahawa mereka sedang menjuarai perubahan yang kami canangkan. Pada sudut lain, mereka merosakkan kepercayaan rakyat dan memanipulasi jentera kerajaan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, serangan perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan memperlekehkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin utama PAS di Kelantan dan Malaysia adalah sebahagian contoh jijik yang ada.
Dengan memilih untuk mendokong tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini telah memilih untuk terus memandang ke belakang. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih untuk perubahan dua tahun lalu. Tindakan mereka membuktikan bahawa mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat.
Mungkin ada yang percaya bahawa ada lagi yang akan mengikuti mereka, tapi kami anak muda dalam Pakatan Rakyat, yang dipilih oleh rakyat, berikrar bahawa kami akan kekal berjuang biarpun berdepan dengan cabaran, pujukan dan penindasan yang ada. Kami tidak akan berpatah balik. Kami mahukan perubahan untuk Malaysia, kami mahu berkhidmat kepada rakyat. Kami akan memenuhi kepercayaan yang diberikan rakyat. Kami tahu bahawa agenda Keadilan yang inklusif dan tidak bersifat perkauman adalah ruang terbaik untuk kami meneruskan agenda membawa negara ke hadapan. Selama ini semua anggota parti mempunyai ruang memberi pandangan terhadap agenda yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat, yang telah disepakati dengan semangat musyawarah.
Pakatan Rakyat telah mencipta sejarah dengan Kerangka Dasar Bersama yang memaparkan persetujuan tulen rakyat Malaysia untuk abad ke-21. Kami akan turun bersama rakyat untuk berbincang dan bertukar fikiran dengan seluruh masyarakat bagi merealisasikan prinsip ini. Berikan kami dokongan juga nasihat dan pandangan. Kami mahu belajar daripada anda, dan bersama anda.
Dengan cara ini, kami berharap dapat menggembeling rakyat yang perihatin untuk menghidupkan semula Perlembagaan dan semangatnya, menyatukan rakyat dan merealisasikan impian yang disebut oleh Bapa Kemerdekaan kita dalam Pemahsyuran Kemerdekaan “…menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa”.Ini adalah impian mereka dan kini kami.
Ini adalah impian bersama kita rakyat Malaysia. Kami akan mempertahankan dan menghidupkannya dengan seluruh jiwa dan maruah yang ada.
Kami telah berikrar menyumbang usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara ini, dan kami akan menunaikannya.
Affirming Our Loyalty to Keadilan (and Pakatan Rakyat)
On 8 March 2008, our party were elected by the Malaysian people, who voted for hope and change in place of fear and stagnation. The people wanted a new brand of politics that would defeat the incumbent forces of racism, opportunism and corruption. Representing Parti Keadilan Rakyat, our main objective then, and still is to realise “a society that is just and a nation that is democratic, progressive and united”.
Unfortunately, there are those that thought that the victory meant that this struggle should cease. They stopped serving the people and wanted to reap “the spoils of war”, so to speak. When these did not materialise, they tried to hold the party ransom, making unreasonable demands to feed their own selfish interests.
When they were denied, they made all sorts of threats and have now left the party. They claim to be “independent” when it is clear for all to see that they are dependent on the corruption and archaic modes of the past. Some will spin these incidents as a “split” in Pakatan, but it is merely yet another attempt by the reactionary forces in this country to hold on to power.
Barisan Nasional realises that the time for their old brand of politics is coming to an end. To delay the inevitable, they have adopted a two-prong strategy. On the one hand, they are cynically stealing our message of change. On the other, they have abused the public trust and machinery of state to try to destroy Pakatan Rakyat, The persecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim, the racial attacks on the Penang State Government and the undermining of the authority of Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat in Kelantan are just the most blatant examples of this.
By choosing to support these malevolent deeds, the former Keadilan leaders have also chosen to stand on the wrong side of history. They have betrayed the hopes of the ordinary Malaysians who voted for change nearly two years ago. Through their actions they have also proven that they are unconcerned, and are indeed foes to this country’s future and its people.
Lest some believe that others may join them, let us, the young generation of Pakatan Rakyat, give you our solemn oath that we will hold firm whatever the challenges, persecutions and temptations. There will be no turning back for us. We want to change Malaysia; we want to serve its people. We will be worthy of the faith you have put in us. We know that Keadilan’s inclusive and non-racial agenda provides us with the best agenda to move the country forward.
All this while all party members have the space to provide their views on the agenda championed by Datuk Seri Anwar Ibrahim, that has been agreed with the a collective spirit.
Pakatan Rakyat has created history with the Common Policy Framework that embodies a truly Malaysian consensus for the 21st Century. We will go down to the ground to discuss, deliberate and debate with men and women of all walks of life how to ensure that these principles become a reality. Give us your support, but also your advice and wisdom. We want to learn from you, and with you.
Through this, we hope to generate the critical mass necessary to restore our Constitution, unite our people and realise the dreams of our founding fathers in our Declaration of Independence, that Malaysia “be forever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people.”
That was their dream, it is now ours. It is the dream of all Malaysians. We will defend and achieve it with all our lives and honour.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment