JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Thursday, February 25, 2010

Lawatan Teknikal YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Jurutera serta Pegawai MPPP dan JKR pada Rabu 24/02/2010

Pada Rabu 24/02/2010, YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Jurutera serta Pegawai MPPP dan JKR telah membuat lawatan teknikal ke 5 kawasan iaitu SMJK(C) Phor Tay, Sungai Dua, Jalan Pekaka 1, Lorong Pekaka 5, Taman Jade dan Jalan Batu Uban 5. Turut hadir Pengerusi PIBG SMJK(C) Phor Tay, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Jade, Bukit Gambir, Pengerusi JKKK Batu Uban, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Pembantu Khas ADUN Batu Uban.



SMJK(C) Phor Tay, Sungai Dua
  • Cadangan laluan sehala bagi Jalan Nipah bagi mengatasi kesesakan pada waktu puncak
  • Masalah penutup longkang di hadapan pintu sekolah
  • Jalan berlopak di Lengkok Nipah
  • Penambahan papan tanda untuk keselamatan murid sekolah
  • Mengadakan petak kuning
  • Membina besi penghalang longkang
Jalan Pekaka 1 - Masalah penutup longkang di tengah jalan yang rendah daripada permukaan jalan dan membahayakan pengguna
Lorong Pekaka 5 - Masalah penutup longkang yang pecah

Taman Jade, Bukit Gambir - Cadangan membina pembahagi jalan bagi mengatasi masalah bahu jalan yang dijadikan tempat parkir kenderaan dan ianya membahayakan jika berlaku bencana atau kecemasan

Jalan Batu Uban 5 - Cadangan membuka laluan bagi kemudahan penduduk Batu Uban

1 comment:

  1. Penutup longkang yang pecah di Lorong Pekaka 5 sedah siap diperbaiki pada 25/02/2010. Terima kasih diucapkan kepada YB Raveentharan, Pembantu ADUN, Persatuan Penduduk Taman Desa Baru dan pegawai-pegawai JKR atas tindakan yang cepat.

    Penduduk Lorong Pekaka 5

    ReplyDelete