Monday, March 22, 2010
Sunday, March 21, 2010
Pembukaan Jalan Batu Uban 5 oleh YB Raveentharan
Pada Sabtu, 20 Mac 2010, YB Raveentharan ADUN Batu Uban secara rasmi membuka laluan Jalan Batu Uban 5 setelah hampir 8 tahun ianya ditutup untuk sebarang laluan pengguna. Dengan pembukaan jalan tersebut, ia memberi kemudahan dan keselesaan khususnya kepada penduduk Batu Uban, penduduk rumah transit (TOL) dan pengunjung ke Majlis Sukan Negeri, Kompleks Pencat Silat Batu Uban, Masjid Batu Uban dan pekan Sungai Dua.
Sebelum jalan tersebut dibuka, pengguna yang hendak ke Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban termasuk ke Kompleks Pencat Silat perlu ke Jalan Udini dan berpatah balik lebih kurang 7km.
Usaha ADUN Batu Uban bersama JKKK Batu Uban selama hampir 2 tahun itu mendapat sokongan dan kerjasama khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Timur Laut. Penghargaan dan terima kasih harus diberikan kepada Jurutera Daerah, Juruteknik dan kakitangan JKR Daerah Timur Laut.
YB Raveentharan menasihatkan pengguna agar sentiasa mematuhi peraturan jalanraya demi keselamatan semua pihak.

Sunday, March 14, 2010
Friday, March 12, 2010
Lawatan ke Kuarters JKR Batu Uban
Pada Khamis 11/03/2010, YB Raveentharan ADUN Batu Uban telah membuat lawatan ke Quarters JKR Batu Uban untuk berjumpa dengan penduduk and menziarahi pekerja JKR yang lumpuh ditimpa pokok semasa bertugas. Turut hadir En. Tahir Marican (SUS ADUN), En. Asokan, En. Ishak, En. Hong Joo Jin dan En. Cheah Peng Guan (Pembantu Khas ADUN).
Menziarahi pekerja JKR Sohaimi Nordin (39 tahun) yang lumpuh ditimpa pokok semasa bertugas. Selain daripada memberi bantuan wang ehsan, YB Raveentharan juga akan berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Kebajikan Masyarakat, pihak JKR, dan pihak-pihak tertentu bagi membantu keluarga Sohaimi.

Tuesday, March 9, 2010
Monday, March 8, 2010
Saturday, March 6, 2010
Lawatan YB Raveentharan ke Pasar Taman Lip Sin
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)