JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Tuesday, January 26, 2010

SMJK Phor Tay visit on 21 January 2010

A visit to SMJK Phor Tay with YB Sim was organized as the first of the series of Special State Funding for SJKC/T and Sekolah Agama Rakyat.





Monday, January 25, 2010

Lawatan Teknikal bersama YB ADUN Batu Uban ke Jalan Ketitir 4 (Isu Loji Kumbahan)




Isu logi kumbahan tidak berfungsi sejak Sijil Kelayakan (OC) dikeluarkan di Jalan Ketitir 4 (Off Jalan Bukit Gambir)



Lawatan Pertama pada 21/12/2009 - YB Raveentharan bersama pegawai IWK dan Pejabat Daerah Timur Laut. Turut bersama En. Mohd. Tahir (Setiausaha Sulit Adun).

Keadaan loji yang tidak pernah berfungsi dan diselenggarakan oleh mana-mana pihak sejak OC dikeluarkan, akhirnya penduduk yang menderita akibat pencemaran bau najis dimana air najis terpaksa disedut dan disalurkan ke longkang. YB Raveentharan telah mengbangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH TIMUR LAUT pada 12/12/2009.




Lawatan Kedua pada 07/01/2010 - YB Raveentharan bersama pegawai IWK, JKR Timur Laut, Pejabat Daerah Timur Laut. Turut hadir En Mohd. Tahir (Setiausaha Sulit Adun), En. Asokan, En. Che Yub dan Puan Santha (Pembantu Khas Adun).

YB mengbangkitkan masalah jalan yang perlu diturap semula, masalan penyelenggaran longkang oleh MPPP dan tindakan Pejabat Daerah Timur Laut dalam isu loji kumbahan.



Lawatan Ketiga pada 25/01/2010 - YB Raveentharan bersama pegawai IWK, USM, Jabatan Bagunan MPPP, SPAN, Penghulu DUN Batu Uban dan rakan media. Turut bersama En. Mohd. Tahir (Setiausaha Sulit Adun), En Iszuree (Ahli Majlis Perbandaran P.Pg), En Cheah Peng Guan, En Che Yub (Pembantu Khas Adun).

Tindakan - Pihak USM telah membersihkan kawasan loji dan kerja-kerja membaiki pam loji sedang berjalan. Apabila siap, loji akan diserahkan kepada IWK untuk diselenggarakan mengikut jadual. Pihak JKR akan menurap jalan yang berlopak dan MPPP akan membersih longkang di kawasan tersebut.

Wednesday, January 20, 2010

Pesta Ponggal Anjuran Pusat Khidmat Y.B. Adun Batu Uban


Pusat Khidmat Y.B. Adun Batu Uban menganjurkan "Pesta Ponggal" bertempat di Padang Permainan Taman Brown, Sungai Gelugor, Pulau Pinang, 23hb. Januari 2010 (Sabtu), dari 9 pagi hingga 11 mlam.

Program:

1) Kolem
2) Memukul Periuk
3) Panjat Pokok Pinang
4) Ponggal
5) Persembahan Pentas

Pusat Khidmat Y.B. Adun Batu Uban berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran anda semua dari pelbagai gologan, lapisan kaum, masyarakat dan agama untuk memeriahkan pesta ini.