Sunday, December 19, 2010
Sumbangan "Bush Cutter" Dan "Gergaji Elektrik"
Dalam satu majilis yang ringkas di Pusat Khidmat Adun Batu Uban, JKKK Batu Uban, JKKK Mukim 13 dan Belia 4B telah disumbangkan dengan pemberian mesin potong rumput atau lebih dikenali dengan Bush Cutter dan gergaji elektrik oleh Y.B. Ini ekoran dari permohonan mereka yang dibuat tidak lama dulu. Wakil dari ketiga-tiga tempat telah tampil dan menerima sumbangan tersebut.
Agar sumbangan seumpama ini dapat menolong kedua-dua JKKK dan Belia 4B dalam urusan kebajikan mereka kepada penduduk di sekitar kawasan.

Pesanan ringkas Y.B kepada wakil-wakil ini "Jaga baik-baik sumbangan ini dan jangan lupa buat service apabila perlu".
Wednesday, December 15, 2010
Pogram Penang Bersih, Hijau dan Selamat Di Taman Pekaka
Menyahut seruan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat maka ADUN Batu Uban bersama Ahli Majilis Encik Mohd Ismail bin Ibramsa telah berganding bahu dengan Jabatan Khidmat Kemasyarakatan dan Majilis Perbandaran Pulau Pinang untuk menganjurkan sebuah program yang berkait rapat dengan kehendak kerajaan negeri. Program tersebut dianjurkan secara bersama dengan penduduk Taman Pekaka pada 5hb Dec 2010 bermula dari pukul 8.00 pagi. Turut serta ialah Datuk Wira Ayob dari Jabatan Polis dan Encik Tanwir yang mewakili penduduk Taman Pekaka.



Tujuan utama program tersebut ialah untuk menyedarkan semua akan kepentingan kesihatan, kebersihan dan kehijauan alam semulajadi serta keselamatan diri. Selain dari Jabatan Polis, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan pelbagai badan bukan kerajaan dan institusi kewangan juga turut mengambil bahagian. Sumbangan mereka adalah sangat penting dalam menjayakan program ini.



Pelbagai aktiviti telah diatur bagi semua golongan termasuklah acara mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, gubahaan barangan buangan, acara pancaragam dari Penang Free School, demonstrasi kebakaran dari Jabatan Bomba dan penanaman anak pokok di Taman Pekaka. Hampir kesemua yang hadir pada hari itu pulang dengan senyuman lebar di muka mereka apabila mendapat cabutan hadiah bertuah.


Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja hadiah berupa basikal, hamper, cenderahati, minuman dan kepada semua yang hadir untuk menjayakan program ini. Tak terlupa juga kepada semua dari Jabatan Khidmata Kemasyarakatan yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada semua akan betapa pentingnya isu-isu ini.
Jangan lupa !!! Mulai 1hb Jan 2011 kita akan meminggirkan Beg Plastik dan akan Mengutarakan Beg Kitar Semula.
Jangan lupa !!! Mulai 1hb Jan 2011 kita akan meminggirkan Beg Plastik dan akan Mengutarakan Beg Kitar Semula.
Tindakan Pantas Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut
Pada awal pagi 22hb Nov 2010 sebatang pokok yang besar dan tua telah tumbang dan menghalang lalulintas di kawasan Taman Brown. Dalam masa yang singkat pihak Jabatan Kerja Raya bahagian Timur Laut telah menghantar satu pasukan yang sangat cekap, berdedikasi dan pantas dalam kerja mereka. Ini kerana dengan amalan dan sifat kerja yang baik keseluruhan kawasan terbabit telah dibersihkan dan laluan jalan dapat beroperasi semula.
Y.B. Raveentharan mengucapkan syabas kepada mereka dan berharap agar sikap sebegini dicontohi oleh yang lain.
Tuesday, December 14, 2010
Menara Telco Di DUN Batu Uban
Kebelakangan ini Pusat Khidmat DUN Batu Uban telah menerima banyak rungutan dan maklum balas dari penduduk-penduduk setempat. Ini berkenaan dengan kemunculan menara-menara sistem perhubungan atau lebih dikenali dengan Telco Tower yang semakin bertambah di kawasan N35 ini.
Y.B. Raveentharan juga prihatin terhadap isu ini dan untuk pengetahuan semua Pembantu Khas dan Pegawai Seranta telah membuat lawatan ke kawasan-kawasan yang dikatakan mempunyai menara-menara tersebut. Kesemua maklumat telah pun direkodkan dan akan dipantau dari masa ke semasa. Segala rintihan penduduk yang diterima semasa sesi dialog baru-baru ini telah pun diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab. Yang pasti, Kerajaan Negeri kita adalah kerajaan yang prihatin, peka dan mereka pasti akan membuat keputusan terbaik dalam hal ini untuk semua rakyat Pulau Pinang.

Memang menjadi kerja Y.B. untuk bentangkan isu ini jika perlu pada sidang yang akan datang. Terima-kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam isu ini. Kami akan berasa gembira jikalau penduduk kawasan N35 turut sama dalam memberikan maklumat berkenaan isu ini jika ada. Sekian.
Rumah Terbuka Deepavali Anjuran Bersama JKKK Taman Brown
Bagi mengeratkan hubungan perpaduan diantara semua kaum, Y.B. Raveentharan dengan kerjasama JKKK Taman Brown telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali pada 20hb Nov 2010 bermula pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam. Suasana yang meriah dan mesra di waktu itu jelas kelihatan apabila Tetamu Kehormat Y.B. Karpal Singh dan isterinya, Y.B. Malek, Y.B. Sim Y.B. Rayer dan Encik Azahan penghulu kanan daerah timur laut turut serta dalam acara keramaian ini.


Setiap Y.B. yang diundang tak melepaskan peluang pada hari itu untuk memberi sepatah dua kata kepada semua yang hadir. Dalam ucapan mereka, penekanan diberikan kepada sikap bersatu-padu dan tolong menolong antara kaum. Ucapan Y.B. Karpal pula tertumpu kepada ikatan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin rapat.
Y.B. Raveentharan menyatakan rasa terima-kasihnya kepada semua yang hadir kerana tanpa mereka apalah ertinya Rumah Terbuka ini. Beliau mahu acara sebegini diteruskan pada masa-masa yang akan datang.


Y.B. Raveentharan menyatakan rasa terima-kasihnya kepada semua yang hadir kerana tanpa mereka apalah ertinya Rumah Terbuka ini. Beliau mahu acara sebegini diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Monday, December 13, 2010
Sumbangan RM100 Kepada Penduduk Silver Jubilee Home Sg. Dua.
Satu majilis ringkas telah diadakan oleh Y.B. Raveentaharan untuk penduduk Rumah Orang Tua Silver Jubilee di Sungai Dua pada 20hb Nov 2010. Tujuan maljis ini ialah untuk menyampaikan sumbangan wang RM 100 kepada warga emas Pulau Pinang. Seramai 153 warga emas telah mendapat sumbangan tersebut dari Kerajaan Negeri kali ini. Tetamu kehormat ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan beliau sendiri memulakan pemberian sumbangan tersebut. Penduduk DUN Batu Uban mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Turut serta dalam program ini ialah Puan Vijaya, Encik Azahan dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Timur Laut, Pembantu-pembantu Khas Encik Ishak Mat, Encik Francis Chee, Encik Cheah Peng Guan, Encik Ganeshan, Puan Santa, Puan Josephine, Puan Intan dan Encik JJ Hong juga turut serta. Acara berakhir pada pukul 2.00 petang. Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahun akan datang.
Kempen Kesedaran Penyakit Diabetik Anjuran LIONS Club International
Bagi menyedarkan semua lapisan masyarakat akan bahaya penyakit diabetik atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis, LIONS Club International telah menganjurkan satu kempen kesedaran di pusat membeli-belah Queensbay Mall pada 14hb Nov 2010. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dibuat oleh pihak penganjur dan ia mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung.


Y.B. Raveentharan adalah tetamu kehormat dan dalam ucapannya beliau menyeru semua agar memberi penekanan kepada amalan hidup yang sihat. Beliau juga mengucapkan terima-kasih kepada LIONS Club kerana dapat menganjurkan satu kempen yang sangat berinfomasi dan berguna.

Amalan Hidup Yang Sihat. Healthy Lifestyle. Amalan Hidup Yang Sihat.Healthy Lifestyle.Amalan Hidup Yang Sihat.
Amalan Hidup Yang Sihat. Healthy Lifestyle. Amalan Hidup Yang Sihat.Healthy Lifestyle.Amalan Hidup Yang Sihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
