JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Sunday, July 25, 2010

Majlis Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Peringkat Dun Batu Uban








18 Julai 2010, YB Raveentharan menganjurkan majlis tersebut di Dewan Jubilee Sg. Dua khas untuk 150 orang warga emas mewakili Dun Batu Uban. Perasmian disempurnakan oleh YAB Lim Guan Eng Ketua Mentri Pulau Pinang. Turut hadir ialah YB Phee Boon Poh Exco Kebajikan Negeri Pulau Pinang dan Tuan Azizi Zakaria Pegawai Daerah Timur Laut, setiap warga emas menerima wang sumbangan RM 100.00. Satu majlis khas meraikan ulang tahun hari kelahiran 11 orang warga emas yang lahir pada bulan Julai telah di adakan dengan upacara memotong kek. Mereka juga menerima hadiah dari pada YB Raveentharan.

Perjumpaan YB Raveentharan dengan Pengurusan Kompleks Bukit Jambul & Jawatankuasa Persatuan Penduduk BJ Court (Kos Rendah & Sederhana Rendah)



13 Julai 2010, YB Raveentharan bersama Pembantu Khas Adun hadir dalam Perjumpaan YB Raveentharan dengan pengurusan Kompleks Bukit Jambul dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk BJ Court (Kos Rendah & Sederhana Rendah). Perjumpaan tersebut bagi membincang masalah hakmilik strata dan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh pemaju kepada penduduk di kawasan tersebut. YB Raveentharan akan membantu semua pihak terlibat dalam urusan tersebut.

Turut hadir bersama ialah En.Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN Batu Uban dan En. JJ Hong Pembantu Khas ADUN Batu Uban

Pendaftaran Pengundi Baru, Warga Emas dan Masalah Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan


17 Julai 2010, YB Raveentharan bersama Pembatu Khas Adun menyertai program Pendaftaran Pengundi Baru, Warga Emas dan Masalah Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan bertempat di Kompleks Bukit Jambul Pulau Pinang.

Mengatasi Masalah Tebing Sungai di Lorong Sg. Dua

DAHULU:-
Inilah keadaan Tebing Sungai di Lorong Sg. Dua sejak 25 tahun dahulu. Gambar ini dirakamkan pada 30 April 2009.



KINI:-
Inilah pemandangan terkini Tebing Sungai di Lorong Sg. Dua. Gambar ini dirakamkan pada 09 Julai 2010.




9 Julai 2010, YB Raveentharan turun padang bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melawat projek naik taraf tebing sungai di Lorong Sg. Dua. Setelah hampir 25 tahun penduduk di Lorong Sg. Dua menghadapi masalah tebing sungai runtuh dan sering banjir, maka atas usaha gigih YB Raveentharan dan Jurutera JPS Timur Luat ianya dapat direalisasikan pada 2010.

Turut hadir bersama dalam lawatan ialah En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN Batu Uban, En.Ishak Mat Pembantu Khas ADUN Batu Uban, En. Mohd Farizuan bin Mohd Noor Pen. Jurutera JPS dan rakan-rakan media.

Penghargaan dan Terima Kasih kepada JPS Timur Laut.

Mengunjungi Warga Emas dan O.K.U di Taman Desa Baru



28 Jun 2010, YB Raveentharan mengunjungi rumah beberapa orang Warga Emas dan O.K.U di Taman Desa Baru Sg. Dua Pulau Pinang bagi membantu mereka dalam memproses bantuan kebajikan. Pusat Khidmat ADUN Batu Uban akan menyelaras semua permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut.

Perjumpaan YB Dengan Penduduk Desa Universiti



25 Jun 2010, YB Raveentharan bersama En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN dan En. Francis Xavier Pembantu Khas Adun mengadakan perjumpaan dengan penduduk Desa Universiti berhubung masalah bekalan air dan penubuhan Persatuan Penduduk Desa Universiti.

Persatuan Penduduk peringkat penaja berjaya ditubuhkan oleh YB Raveentharan untuk kepentingan dan kebajikan penduduk yang selama ini tidak mempunyai persatuan sedemikian. YB dilantik sebagai Penasihat Persatuan Penduduk Desa Universiti.

Masalah Paip Air Pecah di Desa Universiti Sg. Dua



24 Jun 2010, YB Raveentharan turun padang bersama Jurutera PBA dan menemui penduduk Desa Universiti Sg. Dua berhubung masalah paip air pecah serta kenaikan bil air berpunca daripada kebocoran paip berkenaan. YB Raveentharan telah menghubungi pihak pengurusan memandangkan paip tersebut berada selepas meter PBA.

YB Raveentharan kini dalam proses membantu penduduk terlibat mendapatkan "main meter" berasingan bagi mengelak kesulitan yang dialami sekarang apabila "main meter" yang sedia ada dikongsi bersama dengan kompleks penjaja.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan Pelajaran




15 Jun 2010, YB Raveentharan menyampaikan sumbangan kebajikan dan pelajaran kepada 10 orang warga Batu Uban bagi meringankan bebanan mereka. Majlis berlangsung di Pusat Khidmat Adun Batu Uban.

Inilah kali pertama majlis tersebut diadakan dengan mengumpul semua yang terlibat dalam satu majlis khas. Semua yang hadir diraikan dalam majlis jamuan teh.

Lawatan Ke Persiaran Bukit Gambir Pulau Pinang




12 Jun 2010, YB Raveentharan melawat Persiaran Bukit Gambir dan menemui Pengerusi serta Jawatankuasa Persatuan Penduduk berhubung masalah Jalan dan Longkang kawasan sekitar. Masalah tersebut akan dibincangkan dengan pihak JKR dan MPPP. Turut hadir bersama En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN, En. Francis Chee dan En. JJ Hong, Pembantu Khas ADUN.

YB Raveentharan akan menyusun satu lawatan teknikal bersama JKR dan MPPP secepat mungkin.

Tebing Longkang Pecah dan Limpahan Air Longkang



11 Jun 2010, YB Raveentharan bersama pihak JKR turun padang ke Sg. Nibong berhubung tebing longkang pecah yang mengakibatkan limpahan air longkang ke rumah penduduk berdekatan. YB turut menemui penduduk yang terlibat. JKR berjaya membina semula tebing longkang berkenaan dalam tempoh 4 hari sahaja. Turut hadir bersama ialah En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN Batu Uban, En. JJ Hong dan En. Francis Xavier Pembantu Khas ADUN Batu Uban.

Penghargaan dan Terima Kasih kepada JKR Timur Laut.

Penyampaian Sumbangan daripada YB Raveentharan


8 Jun 2010, YB Raveentharan mengunjungi seorang warga emas di Taman Bunga Merah, Sg Dua Pulau Pinang dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM1000 bagi menampung kos pembedahan warga emas tersebut.

Perjumpaan dengan Penduduk Kondominium Medan Mutiara


07 Jun 2010, YB Raveentharan bersama Pembantu Khasnya mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kondominium Medan Mutiara, Taman Lip Sin Pulau Pinang. YB akan menjadi orang tengah dalam isu melibatkan pihak pengurusan Kondominium Medan Mutiara dengan sebuah syarikat kontraktor mengenai kerja-kerja mengecat kondominium tersebut.

YB Raveentharan telah mengadakan perjumpaan dengan kontraktor berkenaan dan satu perjumpaan dengan semua pihak terlibat akan diadakan pada awal Ogos 2010.

Meninjau Masalah Longkang di Cangkat Minden


4 Jun 2010, YB Raveentharan bersama En. Mahhendran Pengerusi JKKK Taman Brown dan En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN Batu Uban meninjau keadaan longkang di Cangkat Minden. Isu tersebut akan diketengahkan kepada JKR dan MPPP kerana ianya sering mengakibatkan banjir di kawasan sekitar dalam tempoh hanya setengah jam jika berlakunya hujan.

Menghadiri Majlis Kesyukuran di Kampung Batu Uban



19 Jun 2010, YB Raveentharan hadir di majlis kesyukuran di rumah Pak Hamid di kampung Batu Uban, turut bersama beliau ialah Tn. Haji Othman Pengerusi JKKK Batu Uban, En.Iszuree Setiausaha JKKK Batu Uban dan En. Francis Xavier Pembantu Khas ADUN.

Penduduk yang hadir menyambut baik kehadiran YB Raveentharan ke majlis tersebut.

Longgokan Sampah di Lorong Nipah 6



1 Jun 2010, YB Raveentharan turun padang ke Lorong Nipah 6, berhubung longgokan sampah di kawasan perumahan tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu tersebut telah dipanjangkan kepada MPPP untuk tindakan. YB mencadangkan agar kawasan tersebut di landskapkan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN Batu Uban, En. JJ Hong Pembantu Khas ADUN Batu Uban dan Tn. Hj Ismail Ibramsa Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Isu "Kunci Air" di Taman Brown Pulau Pinang


04 Jun 2010, YB Raveentharan bersama Jurutera JPS turun padang berhubung "Kunci Air" di Taman Brown yang terbiar dan membahayakan khususnya budak-budak. "Kunci Air" tersebut tidak digunakan lagi tetapi terdedah dan berisiko tinggi memandangkan terdapat kolam air di kawasan tersebut. Turut hadir bersama En. Mohd Tahir Marican Setiausaha DUN Batu Uban, En. JJ Hong, En. Cheah Peng Guan Pembantu Khas ADUN dan En. Mahhendran Pengerusi JKKK Taman Brown. JPS telah mengambil tindakan segera dalam isu tersebut.

Terima Kasih kepada Jurutera JPS Timur Laut.

Limpahan Air Kumbahan di Jalan Bukit Gambir



1 Jun 2010, YB Raveentharan turun padang bersama IWK di Jalan Bukit Gambir berhubung limpahan air kumbahan dari "manhole". Dalam tempoh 1 jam, IWK berjaya mengatasi masalah limpahan tersebut. Terima Kasih IWK.

Menziarahi Keluarga Allahyarham Pak Ramlee di Kampung Batu Uban



19 Jun 2010, YB Raveentharan hadir di tanah perkuburan Islam kampung Batu Uban ketika jenazah Allahyarham Pak Ramlee dikebumikan. Beliau kemudian menziarahi keluarga Allahyarham di rumahnya.

YB Raveentharan menyampaikan ucapan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham.