JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOG DUN BATU UBAN (N35)

Pengerusi: A A FRANCIS XAVIER

Jawatankuasa: SRI JAIMURALYDASAN & FRANCIS CHEE

Penasihat: Y.B. Raveentharan a/l V. Subramaniam

Dikemaskini oleh: A A FRANCIS XAVIER

29 Mei 2011




Pages

Thursday, February 25, 2010

Lawatan Teknikal YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Jurutera serta Pegawai MPPP dan JKR pada Rabu 24/02/2010

Pada Rabu 24/02/2010, YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama Jurutera serta Pegawai MPPP dan JKR telah membuat lawatan teknikal ke 5 kawasan iaitu SMJK(C) Phor Tay, Sungai Dua, Jalan Pekaka 1, Lorong Pekaka 5, Taman Jade dan Jalan Batu Uban 5. Turut hadir Pengerusi PIBG SMJK(C) Phor Tay, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Jade, Bukit Gambir, Pengerusi JKKK Batu Uban, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Pembantu Khas ADUN Batu Uban.



SMJK(C) Phor Tay, Sungai Dua
  • Cadangan laluan sehala bagi Jalan Nipah bagi mengatasi kesesakan pada waktu puncak
  • Masalah penutup longkang di hadapan pintu sekolah
  • Jalan berlopak di Lengkok Nipah
  • Penambahan papan tanda untuk keselamatan murid sekolah
  • Mengadakan petak kuning
  • Membina besi penghalang longkang
Jalan Pekaka 1 - Masalah penutup longkang di tengah jalan yang rendah daripada permukaan jalan dan membahayakan pengguna
Lorong Pekaka 5 - Masalah penutup longkang yang pecah

Taman Jade, Bukit Gambir - Cadangan membina pembahagi jalan bagi mengatasi masalah bahu jalan yang dijadikan tempat parkir kenderaan dan ianya membahayakan jika berlaku bencana atau kecemasan

Jalan Batu Uban 5 - Cadangan membuka laluan bagi kemudahan penduduk Batu Uban

Tuesday, February 23, 2010

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Batu Uban 虎年新春大团拜


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Batu Uban 2010
anjuran
Y.B. Raveentharan
Sabtu 27.02.2010
7.30 Malam - 10.30 Malam
Lorong Sungai Dua, Pulau Pinang

Majlis di hadiri oleh 2000 orang dari berbilang kaum. Tetamu di hidangkan dengan masakan Melayu, India dan Cina.
Turut Hadir:
Y.B. Haji Abdul Malik Kassim
Exco Kerajaan Negeri
Y.B. Ng Wei Aik
Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri










Monday, February 22, 2010

Perjumpaan dengan AJK Persatuan Penduduk Villa Sri Kenanga Batu Uban


Pada Sabtu, 20/02/2010 YB Raveentharan mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Villa Sri Kenanga, Batu Uban. Antara masalah berbangkit ialah kebocoran bumbung surau, longkang, kelemahan pihak Perbadanan Pengurusan dan wabak denggi. Turut hadir En. Mokhrizon Ahmad Jeni (Pengerusi Persatuan Penduduk), En. Tahir Marican (SUS ADUN), En. Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis), En. Francis Xavier, En. Teh Ewe Chong (Pembantu Khas ADUN) dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk.


Perjumpaan dengan Penduduk Taman Jade Bukit Gambir



YB Raveentharan menghadiri Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra dengan penduduk Taman Jade Bukit Gambir Pulau Pinang pada Sabtu, 20/02/2010. Turut hadir En. Zefree Bin Zainol (Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Jade), En. Tahir Marican (SUS ADUN), En. Francis Chee, En. Hong Joo Jin dan En. Cheah Peng Guan (Pembantu Khas ADUN).

Buddhist Chinese New Year Celebration




YB Raveentharan hadir di majlis "Buddhist Chinese New Year Celebration" pada Sabtu, 20/02/2010 di Dewan Sekolah Menengah (J.K) Phor Tay, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Lawatan YB ADUN Batu Uban ke Sekolah Shih Chung




Pada Jumaat, 19/02/2010 YB Raveentharan melawat SJKC Shih Chung Sungai Nibong Pulau Pinang bagi mengenal pasti masalah dan keperluan sekolah tersebut. Turut hadir Pengerusi PIBG En. Fong Swee Kiang, Guru Besar Pn. Chew Guat Bee, En. Tahir Marican (SUS ADUN) dan En. Hong Joo Jin (Pembantu Khas ADUN).

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Taman Desa Baru



YB Raveentharan hadir di majlis "Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Taman Desa Baru" pada Khamis, 18/02/2010 di Dewan Persatuan Penduduk Taman Desa Baru, Sungai Dua, Pulau Pinang. Turut hadir ialah En. Tahir Marican (SUS ADUN), En. Cheah Peng Guan (Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Baru), En. Mahendran, En. Asokan, En. Francis Chee dan En. Hong Joo Jin (Pembantu Khas ADUN).
YB Raveentharan turut menyampaikan sumbangan "ang pau" kepada warga emas dan kanak-kanak pada majlis tersebut.

Sumbangan ADUN untuk Penduduk Taman Desa Baru yang Lumpuh


Kunjungan YB Raveentharan ke rumah En. Gooi (47 tahun) di Taman Desa Baru, Sungai Dua, Pulau Pinang pada Jumaat, 12/02/2010.
En. Gooi lumpuh akibat "strok" sejak 2 tahun yang lalu, mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. YB Raveentharan turut menyumbang RM1000 bagi meringankan bebanan En. Gooi sekeluarga. Ini adalah kunjungan kedua YB ke rumah En. Gooi. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah En. Tahir Marican (SUS ADUN) dan En. Cheah Peng Guan (Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Baru).
YB juga akan berusaha untuk mendapatkan bantuan pejabat Kebajikan Masyarakat bagi membantu keluarga En. Gooi.

Penyampaian Ang Pau dan Buah Limau untuk Warga Rumah Jubilee Perak (Silver Jubilee Home)


YB Raveentharan ADUN Batu Uban bersama pembantu-pembantu khas ADUN mengunjungi Rumah Jubilee Perak di Sungai Dua, Pulau Pinang pada Jumaat 12/02/2010 dan menyampaikan sumbangan "ang pau" serta buah limau kepada 220 warga emas di rumah tersebut. Kunjungan tersebut dibuat sebagai tanda kasih kepada warga emas di rumah berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.